Khamis, 27 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/SANDWICH ROTI PITA BAKAR BERINTI TUNA



BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti pita saiz sederhana
  • 1 tin kecil ikan tuna di dalam minyak
  • 1 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 helai daun salad romaine
  • 8 keping hirisan tomato
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Mayonise secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  • 1.Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas.Angkat dan dipotong dua(semi circle).Setiap kepingan seakan-akan mempunyai poket
  • 2.Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato
  • 3.Gaulkan isi tuna bersama bawang merah,serbuk lada hitam,mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati
  • 4.Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam poket roti pita dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: