Ahad, 16 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/SAMBAL UDANG KASTURI



BAHAN-BAHAN:

  • .5 tangkai cili kering 
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 300 gram udang segar
  • 1 cawan air asam
  • 2 labu bawang besar - dihiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan garam secukupnya 
CARA MEMBUAT:
  • 1.Kisar bawang putih,bawang kecil dan cili kering yang telah direndam sehingga hancur
  • 2.Panaskan minyak untuk menumis.Kemudian masukkan  bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi
  • 3.Tumis sehingga garing dan naik minyak.Kemudian masukkan udang,gula dan garam
  • 4.Masukkan pula air asam dan biarkan menggelegak.Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan serai yang telah diketuk dan tunggu sehingga sambal naik minyak dan pekat
  • 5.Selepas itu masukkan daun limau purut
  • 6.Apabila udang telah masak,angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: