Sabtu, 8 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/AYAM PENYEK DIPANGGANG

RESEPI MASAKAN/AYAM PENYEK DIPANGGANG



BAHAN-BAHAN:


  • 1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong dua
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang kunyit hidup
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
*semua bahan di atas digaul dan diperap bersama ayam selama 30 minit

BAHAN UNTUK SOS:
  • 5 biji tomato
  • 100 gm cili padi merah
  • 2 sudu besar gula merah - dicairkan
  • 1 inci belacan - dibakar
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
semua bahan di atas dikisar kemudian dimasak sehingga mendidih

CARA MEMBUAT:
  • 1.Panaskan pemanggang dan panggang ayam yang telah diperap tadi sehingga masak
  • 2.Selepas ayam tersebut masak,angkat
  • 3.Gaulkan ayam panggang ini dan sos terlebih dahulu sebelum dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: