Sabtu, 8 Januari 2011

RESEPI MASAKA/FRIED FUSILLI



BAHAN-BAHAN:



  • 50 gram pasta fusilli - direbus terlebih dahulu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 kuntum brokoli saiz kecil - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 sudu sup pati tomato
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Air
CARA MEMBUAT:

  • 1.Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau
  • 2.Masukkan cili merah,tomato,brokoli dan udang.kacau dan biarkan selama 30 saat
  • 3.Kemudian,masukkan tomato puri dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah
  • Letakkan sedikit air dan masukkan pasta fusilli,Gaul rata dan biarkan untuk 30 saat lagi.Sedia untuk dihidangkan
TIP MEREBUS PASTA
    Rebus pasta dengan sedikit garam dan minyak.Bagi mengelakkan pasta melekat selepas direbus.Letakkan 
    pasta dengan minyak zaitun dan gaul rata

SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: