Ahad, 9 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/GULAI IKAN SAWAH



BAHAN-BAHAN:


  • 2 ekor ikan haruan
  • 5 ekor ikan puyu
  • 2 ekor ikan keli
  • 200 gm serbuk kari ikan
  • 150 gm bawang merah - dikisar
  • 100 gm bawang putih - dikisar
  • 300 ml santan
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 100 gm bendi
  • 100 gm tomato
  • 100 gm timun
  • Sedikit daun kesum
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
  • 1.Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang dikisar bersama daun kesum dan bunga kantan.Kacau hingga sebati
  • 2.Masukkan serbuk kari ikan dan kacau hingga minyak pecah
  • 3.Selepas itu masukkan air asam jawa dan santan.Kacau hingga mendidih
  • 4.Apabila mendidih,masukkan ikan,bendi,tomato dan timun
  • 5.Setelah masak,angkat dan sedia dihidangkan.
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: