Isnin, 10 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/SAMBAL UDANG PETAI



BAHAN-BAHAN:


  • 50 gram cili kering - dikisar
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 500 gram udang bersaiz sederhana - dikupas kulit dan dibersihkan
  • 10 ulas petai -dibelah dua
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
  • 1.Goreng udang yang telah dibersihkan separuh masak.Angkat dan ketepikan
  • 2.Sementara itu,tumis cili kering bersama bawang yang telah dikisar sehingga garing
  • 3.Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau
  • 4.Selepas itu,masukkan pula petai bersama udang yang telah digoreng sebentar tadi
  • 5.kacau sebati sebelum dimasukkan garam secukup rasa
SELAMAT MENJAMU SELERA

    Tiada ulasan: