Ahad, 9 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/SOTONG GORENG TEPUNG



BAHAN-BAHAN:
  • 1 mangkuk sotong
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung penaik
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedik garam
  • Sedikit bahan perasa
CARA MEMBUAT:
  • 1.Campurkan kesemua bahan,kecuali bahan tepung
  • 2.Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau sebati
  • 3.Angkat dan gaulkan kedalam tepung
  • 4.Goreng dalam minyak yang penuh sehingga warna udang kekuning-kuningan
  • 5.Sedia dihidangkan

SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/SUP KETAM



BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ketam
  • 2 ulas bawang putih - dipotong
  • 2 ulas bawang merah- dipotong
  • 1 inci halia - dipotong
  • 1 biji tomato - dipotong
  • 1 hiris batang sup
  • 1 sudu air limau
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sudu teh jintan manis - dikisar
  • 1 sudu teh jintan putih - dikisar
  • 1 sudu teh lada sulah - dikisar
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun sup
  • 1 mangkuk air
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa
CARA MEMBUAT:
  • Tumis bahan-bahan hiris dan kisar sehingga kekuning-kuningan dan naik bau
  • Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih
  • Masukkan ketam,garam,serbuk perasa dan air limau
  • Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng
  • Sedia dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Sabtu, 8 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/IKAN BAKAR CICAH AIR ASAM



BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan parang
  • 1/2 kunyit hidup
  • 3 biji cili padi - potong kecil
  • Sedikit tomatom - dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
CARA MEMBUAT:

  • Lumurkan ikan parang dengan kunyit hidup dan sedikit garam,bakar sehingga masak
  • Sementara itu,gaul sebati cili padi,tomato dan bawang merah bersama air asam.Tambahkan garam dan perasa
  • Hidang air asam bersama ikan bakar
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/KELI MASAK LEMAK CILI PADI



BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan keli
  • 7 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 4 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 batang serai - ditumbuk
  • 1 1/2 mangkuk santan
CARA MEMBUAT:

  • Goreng ikan keli dan ketepikan
  • Masukkan bahan-bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan dan masak dengan api sederhana.
  • Setelah kuah mendidih,masukkan ikan keli goreng tadi.Tambahkan garam dan perasa
  • Angkat dan hidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/PUDING ROTI



BAHAN-BAHANNYA:



  • 5 keping roti
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu cair
CARA MEMBUATNYA

  • 1.Potong nipis roti tersebut
  • 2.Kisar telur bersama susu cair dan gula
  • 3.Masukkan pula roti dan kisar lagi
  • 4.Masukkan dalam acuan dan dikukus sehingga masak
  • 5.Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan potong mengikut bentuk yang digemari
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKA/FRIED FUSILLI



BAHAN-BAHAN:



  • 50 gram pasta fusilli - direbus terlebih dahulu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 kuntum brokoli saiz kecil - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 sudu sup pati tomato
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Air
CARA MEMBUAT:

  • 1.Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau
  • 2.Masukkan cili merah,tomato,brokoli dan udang.kacau dan biarkan selama 30 saat
  • 3.Kemudian,masukkan tomato puri dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah
  • Letakkan sedikit air dan masukkan pasta fusilli,Gaul rata dan biarkan untuk 30 saat lagi.Sedia untuk dihidangkan
TIP MEREBUS PASTA
    Rebus pasta dengan sedikit garam dan minyak.Bagi mengelakkan pasta melekat selepas direbus.Letakkan 
    pasta dengan minyak zaitun dan gaul rata

SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/GRILL CHICKEN CHOP



BAHAN-BAHAN:



  • 1 bahagian paha ayam - dibuang tulang
  • Sos perasa
  • Sos lada hitam
CARA MEMBUAT:

  • 1.Tumbuk secara perlahan ayam hingga menjadi bentuk kepingan
  • 2.Kemudian,perapkan ayam dengan menggunakan sos perasa untuk seketika
  • 3.Panggang sehingga masak
  • 4.Untuk lebih enak,hidangkan bersama sos lada hitam,kentang goreng dan salad pasta
SELAMAT MENJAMU SELERA