Rabu, 2 Februari 2011

resepi masakan/Kailan Garlic



BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram baby kailan - dibersihkan terlebih dahulu
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan kuali dan bubuh minyak
  2. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris dan bawang putih yang telah dicincang
  3. Selepas itu masukkan baby kailan.Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  4. Kacau perlahan dan angkat dengan segera agar sayur tidak terlalu layu dan terlebih masak
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan: