Isnin, 31 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/MI BANDUNG



BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk kecil mi
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 tangkai cili kering - dikisar
  • 1 1/2 sudu udang kering - dikisar
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  • 1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • 2.Masukkan daun pandan
  • 3.Kemudian masukkan 250 ml air dan biarkan mendidih
  • 4.Masukkan telur dan akhir sekali masukkan mi
  • 5.Tabur bawang goreng sebagai hiasan
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/NASI LEMAK KAPAS



BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram beras
  • 100 gram santan
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
  • 1.Cuci beras sehingga bersih lalu ditos
  • 2.Kemudian masukkan santan dan daun pandan
  • 3.Masukkan sedikit garam
  • 4.Hidangkan nasi bersama sambal
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/SAMBAL PETAI



BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 50 gram ikan bilis
  • 3 sudu minyak
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • 2 papan petai
CARA MEMBUATNYA
  • 1.Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  • 2.Kemudian masukkan ikan bilis diikuti dengan petai
  • 3.Masukkan garam ,gula dan serbuk perasa
  • 4.Gaul rata dan biarkan masak dengan api sederhana
  • 5.Hidangkan bersama nasi lemak
SELAMAT MENJAMU SELERA

Jumaat, 28 Januari 2011

RESEPI MASAKAN/BIBIMAP



BAHAN-BAHAN:

  • 100 gram nasi(yang sudah dimasak)
  • 50 gram lobak
  • 50gram timun
  • 50 gram cendawan
  • 50 gram tauge
  • 2 sudu pes cili(gochujang)
  • 1 biji telur(digoreng sebagai telur mata kerbau)
  • 15 gram kimchian
CARA MEMBUATNYA:
  • 1.Hiris lobak,timun dan cendawan.Kemudian layurkan dengan sedikit minyak dan ketepikan
  • 2.Selepas itu,layurkan pula tauge seketika dengan sedikit minyak.Ketepikan.
  • 3.Masukkan nasi yang sudah dimasak ke dalam pinggan.Hiaskan dengan kesemua sayuran yang telah dilayurkan
  • 4.Letakkan telur yang telah digoreng di atas sayuran
  • 5.Hidangkan bersama kimchi dan pes cili
SELAMAT MENJAMU SELERA

    Khamis, 27 Januari 2011

    RESEPI MASAKAN/BBQ CHICKEN WING



    BAHAN-BAHAN:

    • 4 ketul kepak ayam (dicuci bersih dan dikeringkan)
    • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
    • 1 sudu kecil serbuk cili
    • 1 sudu kecil sos tomato
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
    • 1 sudu besar madu lebah asli
    • 1 sudu besar minyak zaitun
    • Secubit serbuk stok ayam
    • Garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA:
    • 1.Campurkan semua bahan di atas bersama kepak ayam.Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 1jam di dalam peti sejuk
    • 2.Panggang kepak ayam di atas gril yang panas selama 10-15 minit,bergantung kepada saiz kepak ayam.Angkat dan hidangkan bersama sos pilihan anda
    SELAMAT MENJAMU SELERA

    RESEPI MASAKAN/SANDWICH ROTI PITA BAKAR BERINTI TUNA



    BAHAN-BAHAN:

    • 4 keping roti pita saiz sederhana
    • 1 tin kecil ikan tuna di dalam minyak
    • 1 biji bawang merah - dicincang halus
    • 8 helai daun salad romaine
    • 8 keping hirisan tomato
    • Secubit serbuk lada hitam
    • Sedikit perahan limau nipis
    • Mayonise secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA:
    • 1.Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas.Angkat dan dipotong dua(semi circle).Setiap kepingan seakan-akan mempunyai poket
    • 2.Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato
    • 3.Gaulkan isi tuna bersama bawang merah,serbuk lada hitam,mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati
    • 4.Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam poket roti pita dan sedia untuk dihidangkan
    SELAMAT MENJAMU SELERA

    Sabtu, 22 Januari 2011

    RESEPI MASAKAN/AYAM GORENG REMPAH


    BAHAN-BAHANNYA:

    • 1 ekor ayam - dipotong empat
    • 1/2 senduk bawang besar dikisar
    • 1 sudu serbuk ketumbar
    • 1 susdu teh bawang putih dikisar
    • 1/2 senduk cili giling
    • 1 sudu serbuk kunyit
    • 2 sudu tepung ubi
    • Garam secukup rasa
    • Gula secukup rasa
    CARA MEMBUAT:
    • 1.Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati
    • 2.Sapukan pada ayam sehingga rata dan letak sedikit tepung
    • 3.Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak
    • 4.Sedia dihidangkan
    SELAMAT MENJAMU SELERA