Sabtu, 8 Januari 2011

RESEPI MASAKA/FRIED FUSILLI



BAHAN-BAHAN:



  • 50 gram pasta fusilli - direbus terlebih dahulu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 kuntum brokoli saiz kecil - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 sudu sup pati tomato
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Air
CARA MEMBUAT:

  • 1.Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau
  • 2.Masukkan cili merah,tomato,brokoli dan udang.kacau dan biarkan selama 30 saat
  • 3.Kemudian,masukkan tomato puri dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah
  • Letakkan sedikit air dan masukkan pasta fusilli,Gaul rata dan biarkan untuk 30 saat lagi.Sedia untuk dihidangkan
TIP MEREBUS PASTA
    Rebus pasta dengan sedikit garam dan minyak.Bagi mengelakkan pasta melekat selepas direbus.Letakkan 
    pasta dengan minyak zaitun dan gaul rata

SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/GRILL CHICKEN CHOP



BAHAN-BAHAN:



  • 1 bahagian paha ayam - dibuang tulang
  • Sos perasa
  • Sos lada hitam
CARA MEMBUAT:

  • 1.Tumbuk secara perlahan ayam hingga menjadi bentuk kepingan
  • 2.Kemudian,perapkan ayam dengan menggunakan sos perasa untuk seketika
  • 3.Panggang sehingga masak
  • 4.Untuk lebih enak,hidangkan bersama sos lada hitam,kentang goreng dan salad pasta
SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/KERABU MANGGA

RESEPI MASAKAN/KERABU MANGGA



BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji mangga -dihiris nipis dan memanjang
  • 2 batang serai - dihiris nipis dan memanjang
  • 3 biji cili padi - dihiris nipis dan memanjang
  • 50 gram ikan bilis - digoreng garing
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu kecil air limau nipis
  • Gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
  • 1.Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati
  • 2.Simpan di dalam peti sejuk kemudian barulah dihidangkan.Enak dimakan ketika masih sejuk

SELAMAT MENJAMU SELERA

RESEPI MASAKAN/AYAM PENYEK DIPANGGANG

RESEPI MASAKAN/AYAM PENYEK DIPANGGANG



BAHAN-BAHAN:


  • 1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong dua
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang kunyit hidup
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
*semua bahan di atas digaul dan diperap bersama ayam selama 30 minit

BAHAN UNTUK SOS:
  • 5 biji tomato
  • 100 gm cili padi merah
  • 2 sudu besar gula merah - dicairkan
  • 1 inci belacan - dibakar
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* semua bahan di atas dikisar kemudian dimasak sehingga mendidih

CARA MEMBUAT:
  • 1.Panaskan pemanggang dan panggang ayam yang telah diperap tadi sehingga masak
  • 2.Selepas ayam tersebut masak,angkat
  • 3.Gaulkan ayam panggang ini dan sos terlebih dahulu sebelum dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA