Khamis, 17 Februari 2011

resepi masakan/kerabu daging bakar campur daun kemangi



kerabu ini enak dimakan bersama-sama nasi,daging bakar dan sup..menyelerakan dimakan bersama keluarga

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram daging- siap di panggang dan dibakar
  • 40 gram bawang merah - dimayang
  • 20 gram daun kemangi
  • 2 tangkai cili merah - dipotong halus
  • 2 tangkai cili hijau - dipotong halus
  • 2 tangkai daun kesum - dipotong halus
  • 30 gram kubis bulat - di potong halus
  • Garam,gula serta jus limau nipis secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kedalam mangkuk besar
  2. Selepas itu masukkan gula,garam serta jus limau nipis mengikut cita rasa
  3. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Selasa, 15 Februari 2011

resepi masakan/Lasagna daging



Jika ada kelapangan di hari seronok juga mencuba masakan barat bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 160 gram udang cincang
  • 120 gram tomato puri
  • 60 gram sayur campur
  • 20 gram keju parmesan
  • 40 gram keju mozarella
  • 2 keping kulit lasagna
  • 600 ml susu segar
  • 40 gram roux
  • 2 helai daun bay
  • 4 bunga lawang
  • 1 biji bawang besar
  • 20 gram lobak merah
  • 20 gram seleri
  • 20 gram lik
CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumis daging bersama tomato puri dan sayur campur sehingga masak.Ketepikan sehingga ia sejuk
  2. Sementara itu didihkan susu segar,daun bay,bunga lawang dan bawang.Kemudian letakkan di dalam roux
  3. Masukkan tumis daging tadi bersama kulit lasagna kedalam acuan.Bakar sehingga 160 darjah celcius selama 30 minit
  4. Hidangkan bersama susu segar
SELAMAT MENJAMU SELERA

Sabtu, 5 Februari 2011

resepi masakan/Tiram kukus bersama sayuran



Tiram kukus ini sedap dimakan bersama-sama nasi panas..Di campur pula dengan tomyam panas-panas.

BAHAN-BAHAN:

  • 60 gram cendawan tiram
  • 150 gram isi ikan
  • 5 gram garam
  • 5 gram gula
  • 5 gram minyak bijian
CARA MEMBUATNYA:
  1. Campurkan kesemua bahan ini dan dikukus setelah dibentuk bulat
BAHAN UNTUK SAYUR:
  • 150 gram brokoli
BAHAN SOS:
  • 50 gram sos tiram
  • 10 gram bawang putih - dihiris
  • 5 mililiter sos kicap pekat
  • 5 gram garam
  • 5 gram gula
  • 30 gram tepung jagung
  • 5 mililiter minyak bijian
  • 5 mililiter minyak
  • 500 mililiter stok ayam
  • Sedikit serbuk lada putih
CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan minyak,masukkan bawang putih yang telah dihiris lalu masukkan sayur brokoli dan bahan-bahan sos kecuali tepung jagung
  2. Pekatkan sedikit sos dengan mencampurkan tepung beras dan air
  3. Kemudian,tuangkan sos yang telah siap tadi ke atas tiram rol yang telah dikukus sebelumnya.
SELAMAT MENJAMU SELERA

Khamis, 3 Februari 2011

resepi masakan/Jemput-jemput ikan bilis
















jemput-jemput ikan bilis ini sedap kalau dimakan semasa panas-panas.Lebih-lebih masa santai bersama-sama keluarga di rumah


BAHAN-BAHAN:
  • 5 sudu tepung gandum
  • Sedikit ikan bilis - digoreng
  • 1/2 bawang besar - dihiris
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. Masukkan tepung dan baking powder,kacau sebati
  2. Campurkan sedikit garam
  3. Masukkan air dan gaul sebati sehingga adunan menjadi sederhana pekat
  4. Kemudian masukkan ikan bilis,bawang dan cili yang telah dipotong
  5. Panaskan minyak dan ceduk satu sudu adunan lalu goreng sehingga jemput jemput kekuning kuningan
  6. Sedia dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA










































jemput-jemput ikan bilis ini sedap kalau dimakan semasa panas-panas.Lebih-lebih masa santai bersama-sama keluarga di rumah


BAHAN-BAHAN:
  • 5 sudu tepung gandum
  • Sedikit ikan bilis - digoreng
  • 1/2 bawang besar - dihiris
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. Masukkan tepung dan baking powder,kacau sebati
  2. Campurkan sedikit garam
  3. Masukkan air dan gaul sebati sehingga adunan menjadi sederhana pekat
  4. Kemudian masukkan ikan bilis,bawang dan cili yang telah dipotong
  5. Panaskan minyak dan ceduk satu sudu adunan lalu goreng sehingga jemput jemput kekuning kuningan
  6. Sedia dihidangkan
SELAMAT MENJAMU SELERA

Rabu, 2 Februari 2011

resepi masakan/Kerabu Mangga



BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji mangga - dihiris nipis dan memanjang
  • 3 batang serai - dihiris nipis dan memanjang
  • 3 biji cili padi - dihiris nipis dan memanjang
  • 50 gram ikan bilis - digoreng garing
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu kecil air asam limau nipis
  • Gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati
  2. Simpan di dalam peti sejuk kemudian barulah dihidangkan.Enak dimakan ketika masih sejuk
SELAMAT MENJAMU SELERA

resepi masakan/Ikan Dipanggang



BAHAN-BAHAN:

  • 250 Gram isi ikan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan kuali memanggang.Sapukan dengan sedikit minyak agar ikan tidak melekat
  2. Gaulkan isi ikan dengan telur dan lada sulah.Bubuh garam secukup rasa
  3. Panggang ikan dengan api perlahan sehingga masak dan kekuningan
SELAMAT MENJAMU SELERA

resepi masakan/Kailan Garlic



BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram baby kailan - dibersihkan terlebih dahulu
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan kuali dan bubuh minyak
  2. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris dan bawang putih yang telah dicincang
  3. Selepas itu masukkan baby kailan.Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  4. Kacau perlahan dan angkat dengan segera agar sayur tidak terlalu layu dan terlebih masak
SELAMAT MENJAMU SELERA